HUKUM JAWAB SALAM, SYARIAT DAN MAKNA SALAM

poster menjawab salam

فتاوى معاصي اللسان والجوارح
Fatwa Sekelian Maksiat Lisan & Anggota
فصل في معاصي اللسان
Fasal Pada Menerangkan Segala Maksiat Lisan

JAWAB SALAM
س: تكلم عن رد السلام
Terangkan hukum menjawab salam.
الجواب: رد السلام في بعض الأحوال فرض كفاية, فإذا سلّم مسلم غير فاسق على جماعة مسلمين يجب على هؤلاء رد السلام وجوبا كـفائـيـّا, أي إن ردَّ بعضهم السلام لم يعد فرضـاً على الآخرين. أما إذا خصّ واحدًا معينا بالسلام فيجب عليه الرد وجوبًا عينيًا.
Menjawab salam pada setengah keadaan fardu kifayah. Maka apabila ada seorang Islam yang bukan fasiq memberi salam ke atas sekumpulan orang Islam nescaya wajib atas sekelian mereka itu menjawab salam sebagai wajib kifayah artinya jika sebahagian dari mereka telah menjawab salam itu nescaya tidaklah dikira fardu ke atas sekelian yang lain. Adapun apabila dikhususkan akan seseorang yang tertentu dengan salam itu maka wajiblah atasnya menjawabnya sebagai wajib ain.
KETERANGAN
SYARIAT UCAPAN SALAM

Ketahuilah bahawasanya asal disyariatkan menyebarkan salam itu ialah daripada Al-Quran dan sunnah dan ijmak. Firman Allah Taala :

لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا
“Janganlah kamu sekelian masuk ke dalam rumah-rumah yang bukan rumah-rumah kamu sehinggalah kamu sekelian meminta izin dan memberi salam atas penghuninya.” (An-Nur : 27)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Aas r.a. :

أنَّ رجلاً سألَ رسُول الله صلى الله عليه وسلم: أيُّ الإِسلام خيرٌ؟ قال: "تُطعم الطَّعامَ، وَتَقْرأُ السَّلام على مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
“Bahawasanya seorang lelaki bertanya akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Amalan apakah dalam Islam yang terbaik? Sabdanya : Engkau jamu orang makan dan engkau ucapkan salam atas orang yang engkau kenal dan yang engkau tidak kenal.” (Hadith riwayat Syaikhain)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam menceritakan ketika Allah mencipta Nabi Adam a.s. Allah berfirman kepada Nabi Adam a.s. :

اذْهَبْ فَسَلِّمْ على أُولَئِكَ: نفرٍ مِنَ المَلائِكَةِ جلُوس، فاسْتَمِعْ ما يُحَيُّونَكَ، فإنَّهَا تَحِيَّتُكَ وتحيةُ ذُريتك، فقال: السلامُ عَلَيْكُمْ، فَقالُوا: السَّلامُ عَلَيْكَ ورحمةُ اللَّهُ، فزادوهُ: ورحمةُ اللَّهِ
“Pergilah kamu kepada mereka itu yaitu sekumpulan daripada malaikat yang sedang duduk dan ucaplah salam ke atas mereka itu dan dengarlah apa yang mereka jawab ke atas kamu maka sungguhnya ialah salam pernghurmatan kamu dan keturunanmu. Maka berkata Adam : Assalamualaikum. Lalu malaikat menjawab : Assalamualaika warahmatullah. Mereka menambah perkataan warahmatullah.” (Hadith riwayat Muslim)

Dan diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تَدْخُلُوا الجَنَّةَ حتَّى تُؤْمِنُوا، وَلا تُؤْمِنُوا حتَّى تحابُّوا، أوْلا أدُلُّكُمْ على شيءٍ إِذَا فعلتموهُ تَحابَبْتُمْ؟ أفْشُوا السَّلامَ بَيْنَكُمْ
“Telah bersabda olih Rasulullah sollallahu alaihi wasallam : Tidak akan masuk ke dalam syurga sehingga kamu sekelian telah beriman dan kamu sekelian tidak beriman sehinggalah kamu sekelian saling berkasih sayang. Mahukah kamu sekelian aku tunjukkan atas suatu perkara apabila kamu sekelian berbuatnya maka kamu sekelian akan berkasih sayang? Yaitulah sebarkan ucapan salam antara kamu sekelian.” (Hadith riwayat Muslim)
MAKNA SALAM

Bermula makna ucapan salam itu ialah doa ke atas orang mukmin dengan keselamatan dan keamanan. Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

السلام معناه السلامة. فالذي يلقي السلام على غيره كأنه يقول: ألقيت إليك سلامة وأماناً من كل ما يضيرك
”Bermula salam itu maknanya ialah keselamatan maka siapa yang memberi salam ke atas orang lain itu seolah-olah dia berkata : Aku doakan kepada kamu keselamatan dan keamanan dari setiap perkara yang memudaratkan dirimu.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah)

HUKUM BERI SALAM & JAWAB SALAM

Bermula hukum memulakan salam itu sunat ain ke atas orang sendirian dan sunat kifayah atas orang berkumpulan. Dan ada pun hukum menjawab salam itu jika orang yang diberi salam itu ramai maka hukum menjawabnya fardu kifayah dan jika orang yang diberi salam itu seorang sahaja maka hukum menjawabnya adalah fardu ain.
Berkata Imam Nawawi :

اعلم أن ابتداء السَّلامِ سنةٌ مستحبةٌ ليس بواجبٍ، وهو سنةٌ على الكفاية
”Ketahui olihmu bahawasanya memulakan ucap salam itu sunnah yang sangat elok bukanlah ia wajib. Dan hukumnya sunat atas jalan kifayah.” (Kitab Al-Azkaar)

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :
البدء بالسلام سنة عين للمنفرد، وسنة كفاية للجماعة، فإذا سلم واحد منهم سقط عن الباقين، ولكن الأفضل أن يكون السلام منهم جميعاً ليحصل لكل واحد ثواب السنة. وللبدء بالسلام صيغتان: إحداهما السلام عليكم، والأخرى سلام عليكم، والأفضل أن يكون بالصيغة الأولى، ويكره أن يبدأ بقوله عليك السلام، أو سلام الله عليك، لأن ذلك تحية الأموات لا الأحياء، فالسنة في إقراء السلام لا تحصل إلا بقول السلام عليكم وسلام عليكم. سواء كان المسلم عليه واحداً أو جماعة
“Memulakan ucap salam ialah sunat ain bagi yang sendirian dan sunat kifayah bagi kumpulan. Maka apabila seorang dari sekumpulan telah ucap salam maka gugurlah tuntutan sunat dari yang lainnya akan tetapi yang afdhal sekelian orang ucapkan salam supaya hasil bagi setiap orang pahala sunat. Dan bagi yang memulakan salam ada dua lafaz yaitu السلام عليكم dan lafaz lainnya سلام عليكم dan lafaz yang pertama itu lebih afdhal. Dan makruh ucap salam dengan katanya عليك السلام atau سلام الله عليك kerana sungguhnya yang demikian itu lafaz hurmat bagi sekelian yang mati bukan sekelian yang hidup. Maka yang sunat pada mengucapkan salam itu ialah dengan kata السلام عليكم dan سلام عليكم samada yang diberikan salam atasnya itu seorang atau ramai.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Maka memadai hanya seorang dari kumpulan manusia memberi salam dan memadai hanya seorang dari kumpulan yang diberi salam menjawabnya. Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. daripada Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

يُجزئ عَنِ الجماعةِ إذَا مَرُّوا أنْ يُسلم أحدهُم، ويجزئُ عَنِ الجلوسِ أنْ يردَّ أحدُهم
”Memadai dari sekumpulan manusia apabila mereka lalu hanya seorang sahaja yang beri salam dan memadai dari yang duduk bahawa seorang sahaja yang menjawab salam.” (Riwayat Ibnu Sunni)

Olih kerana itu siapa yang wajib atasnya menjawab salam tetapi tiada dijawabnya tanpa sebarang keuzuran maka dia telah berdosa. Berkata ulamak wajib dijawab akan salam itu segera tiada bolih ditangguhkan jawabnya ke waktu yang lain dan begitu juga hendaklah dijawab sampai dengar orang yang beri salam itu akan jawap salamnya itu supaya lepas tuntutan fardu.
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

أما رد السلام فهوفرض عين على المنفرد، وفرض كفاية على الجماعة؛ فإذا رد واحد منهم أجزأ عن الباقين، ويجب أن يكون الرد فوراً. فلوأخره لغير عذر يأثم. وأن يكون مسموعاً لمن ألقى السلام، فإذا لم يسمعه لا يسقط الفرض. فإن كان أصم فإنه يجب أن يرد عليه بما يفهم من إشارة وتحريك شفة ونحو ذلك
“Adapun jawab salam maka ialah fardu ain atas orang yang sendirian dan fardu kifayah atas kumpulan. Maka apabila salah seorang dari mereka telah menjawab nescaya memadai dari sekelian yang tinggal. Dan wajib jawab salam itu dalam keadaan segera. Jikalau seseorang lambatkan jawab salam tanpa uzur maka orang iu berdosa. Dan hendaklah jawapan salam itu didengar olih orang yang memberi salam maka apabila dia tidak mendengarnya nescaya tidak gugur tuntutan fardu. Maka jika yang diberi salam atasnya itu orang yang bisu maka sungguhnya wajib dia jawab dengan barang yang memberi faham seperti dengaan siyarat dan menggerakkan bibir dan seumpama yang demikian itu.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Berkata fuqahak jika orang yang diberi salam ke atasnya tidak mendengar lafaz salam yang diberi sebab perlahan atau sebab bising maka tiada berdosa dia tidak menjawabnya. Jika ada pada suatu tempat sekumpulan manusia dan orang yang memberi salam menyebut nama seseorang dalam kumpulan itu seperti dikatanya assalamuailkum atas kamu wahai Zaid maka wajib atas Zaid sahaja menjawabnya.
Berkata Imam Abu Said Al-Mutawalli :

إذا نادى إنسانٌ إنساناً من خلفِ سترٍ أو حائطٍ، فقالَ: السلامُ عليك يا فلانٌ، أو كتب كتاباً فيهِ: السلامُ عليكَ يا فلانٌ، أو السلامُ على فلانٍ؛ أو أرسل رسُولًا، وقال: سلّم على فلانٍ؛ فبلغهُ الكتاب أو الرسولُ، وجب عليه أن يردّ عليه السلام، وكذا ذكر الواحدي وغيرهُ أيضاً أنهُ يجبُ على المكتوبِ إليه ردّ السلامِ إذا بلغهُ السلامُ
“Apabila seseorang menyeru akan seseorang dari belakang tabir atau belakang dinding dengan berkata السلامُ عليك wahai si fulan atau dia menulis pada satu surat ucapan السلامُ عليكَ wahai si fulan atau السلامُ atas si fulan atau dia mengutus seorang utusan dan berkata utusan itu sampaikan salam ke atas si fulan kemudian sampai kepadanya surat tersebut atau utusan tersebut nescaya wajib dia jawab atasnya salam. Dan seperti demikian juga menyebut olih Al-Wahidi dan lainnya bahawasanya wajib atas yang ditulis kepadanya menjawab salam apabila sampai kepadanya ucapan salam itu.” (Kitab Al-Azkaar)

Dan sunat beri salam ke atas kanak-kanak kerana mendidik mereka itu dan makruh beri salam ke atas orang gila dan orang mabuk dan orang yang sedang tidur.
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

ولا يكره السلام على الصبيان، بل الأفضل أن يسلم عليهم ليعلمهم الأدب، ولا يجب عليهم الرد؛ لأنهم غير مكلفين، أما إذا سلم صبي على مكلف فإنه يجب عليه الرد إذا كان الصبي مميزاً وإذا سلم على مكلفين بينهم صبي فإنه لا يجزئ على الصحيح، بل لا بد من رد أحد المكلفين. ويكره السلام على المجنون والسكران والنائم ومن يلبي
“Dan tidak makruh beri salam ke atas kanak-kanak bahkan yang afdhal bahawa diberi salam ke atas kanak-kanak itu kerana mengajar mereka akan adab yang baik. Dan kanak-kanak tidak wajib menjawab salam kerana mereka belum mukallaf. Adapun apabila kanak-kanak beri salam ke atas orang mukallaf maka sungguhnya wajib atasnya jawab apabila kanak-kanak itu sudah mumayyiz. Dan apabila diberi salam ke atas orang-orang mukallaf yang ada dikalangan mereka itu kanak-kanak maka tidak memadai jawab salam dari kanak-kanak bahkan mesti menjawab salam itu olih salah seorang yang telah mukallaf. Dan dimakruhkan beri salam ke atas orang gila dan orang mabuk dan orang tidur dan orang yang sedang bertalbiyah.” (Kitab Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Al-Arba’ah)

LAFAZ SALAM & LAFAZ JAWAB SALAM

Bermula sekurang-kurang lafaz ucap salam ialah السلام عليكم Berkata Imam Nawawi :

قال أصحابنا: فإن قال المبتدئ: السلام عليكم، حصل السلامُ

Artinya : “Telah berkata olih Ashab kami : Maka jika orang yang memulai salam berkata : السلام عليكم nescaya telah hasil ucapan salam.” (Kitab Al-Azkaar)

Dan begitu juga jika seorang mengucapkan السلامُ عليكَ atau سلامٌ عليكَ maka telah hasil juga ucapan salam. Dan adapun ucapan salam yang paling sempurna ialah السَّلامُ عَلَيْكُمْ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ dan lafaz jawab salam yang paling sempurna ialah وَعَلَيْكُمُ السَّلامُ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ.
Berkata Imam Nawawi :
اعلم أن الأفضل أن يقول المسلم: السَّلامُ عَلَيْكُمْ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ؛ فيأتي بضمير الجمع، وإن كان المسلَّم عليه واحداً، ويقولُ المجيبُ: وَعَلَيْكُمُ السَّلامُ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ؛ ويأتي بواوِ العطفِ في قولهِ: وعليكم.
Artinya : “Ketahui olihmu bahawasanya yang afdhal ialah berkata orang yang ucap salam itu akan : السَّلامُ عَلَيْكُمْ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ maka dia datangkan dengan ganti nama untuk ramai sekalipun yang diucapkan salam atasnya itu seorang sahaja. Dan berkata orang yang menjawab salam : وَعَلَيْكُمُ السَّلامُ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ dan mendatangkan dengan huruf wau pada katanya : وَعَلَيْكُمُ .” (Kitab Al-Azkaar)

Dan adapun sekurang-kurang ucapan jawap salam ialah وعليكَ السلامُ atau وعليكم السلامُ dan jika dibuang huruf wau lalu dijawab dengan ucapan عليكمُ السلامُ maka ia sudah memadai dan inilah pendapat mazhab yang sahih yang terkenal yang telah menaskan atasnya olih Imam Syafie r.a. dalam Kitab Al-Uum.

Dan adapun perkataan Al-Mutawalli pada Kitab At-Tatimmah bahawa jawapan dengan عليكمُ السلامُ tidak memadai adalah pendapat yang dhaif. Dan makruh menjawab lebih dari lafaz وَعَلَيْكُمُ السَّلامُ ورحمةُ اللَّهِ وبركاتهُ .
Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

ونهاية السلام عند قوله وبركاته. فيكره للمسلم والمجيب أن يزيد عليها
Artinya : “Dan jawab salam yang sehabis panjang ialah sampai ucapan وبركاته . Maka dimakruhkan bagi yang beri salam dan yang jawab salam menambah lebih atasnya.” (Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :
والأفضل في صيغة الرد أن يقول وعليكم السلام، فيأتي بالواو وميم الجماعة. ويصح أن يقول: سلام عليكم
Artinya : “Dan yang afdhal pada lafaz jawab salam itu ialah berkata وعليكم السلام dengan ada huruf wau dihadapan dan menggunakan huruf mim sebagai gantinama untuk ramai. Dan sah dengan lafaz سلام عليكم.” (Kitab Al-Fiqh Ala Mazahib Al-Arba’ah)

Dan tidak memadai jawab salam hanya dengan lafaz عَلَيْكُمُ sahaja akan tetapi jika dijawab dengan وَعَلَيْكُمُ maka ada padanya dua pendapat di sisi Ashab. Berkata Imam Nawawi :

واتفق أصحابنا على أنه لو قال في الجواب: عليكم، لم يكن جواباً، فلو قال: وعليكم، بالواو، فهل يكون جواباً؟ فيه وجهان لأصحابنا، ولو قال المبتدئ: سلامٌ عليكم، أو قال: السلامُ عليكم، فللمُجيب أن يقول في الصورتين: سلامٌ عليكم، وله أن يقول: السلام عليكم، قال الله تعالى: {فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ}
“Dan telah sepakat olih Ashab kami atas bahawa kalau seorang menjawab hanya dengan عَلَيْكُمُ maka ia tidak memadai menjadi jawapan. Dan kalau seorang menjawab dengan وَعَلَيْكُمُ dengan ada huruf wau dihadapan adakah memadai? Ada padanya dua wajah bagi Ashab kami. Dan kalau orang yang mulakan salam berkata سلامٌ عليكم atau berkata السلامُ عليكم maka bagi yang menjawabnya berkata pada dua rupa ini akan سلامٌ عليكم dan harus juga dia jawab السلام عليكم . Telah berfirman olih Allah Taala : Maka berkata para malaikat salam. Berkata Ibrahim : Salam.” (Kitab Al-Azkaar)
wallahua’lam ustaz azhar idrus

Comments