SOALAN :
Ketika turun sujud adakah letak tangan dulu atau lutut dulu ?
JAWAPAN :
Yang afdhal ialah letak lutut dahulu kemudian tangan tetapi jika letak tangan dahulu dari lutut tidaklah mengapa.
Berkata Imam As-Syairazi As-Syafie
Yang disunnatkan ialah letak dua lututnya kemudian dua tangannya kemudian dahi dan hidungnya kerana hadith riwayat Wail bin Hujr RA, beliau berkata : "Adalah Nabi SAW apabila sujud meletakkan dua lutut sebelum dua tangannya dan apabila bangun mengangkat dua tangannya sebelum dua lututnya". Jika seseorang itu meletakkan dua tangan dulu dari dua lutut nescaya memadai akan tetapi dia meninggalkan sunnat
wallahu 'alam

Comments
Post a Comment