Mari Belajar Agama : WUDUK SEBAB USUNG JENAZAH

SOALAN : 
Benarkah orang yang selesai usung jenazah wajib berwuduk?

JAWAPAN :
Hukum mengambil wuduk selepas usung jenazah tidak wajib tetapi disunatkan. Begitu juga disunatkan mandi selepas memandikan jenazah.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata :
artinya : "Rasulullah shollallahu alaihi wasallam telah bersabda : Barangsiapa yang memandikan mayat maka hendaklah dia mandi dan barang yang mengusung mayat maka hendaklah dia berwuduk."
Hadith riwayat Ahmad dan at-tirmidzi dan Ibnu Majah


wallahu'alam

Comments