SYARAT SAH HAJIKAN ORANG LAIN


SOALAN :
Benarkah jika seorang anak yang hendak buat haji untuk arwah bapanya dia dimestikan sudah buat haji untuk dirinya?
Bagaimana kalau dia buat juga sedangkan dia belum tunaikan haji untuk dirinya?
JAWAPAN :
Barangsiapa yang hendak melakukan haji untuk orang lain adalah disyaratkan dia mestilah telah menunaikan haji yang fardu untuk dirinya.
Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. sungguhnya Nabi solallahu alaihi wasallam telah mendengar seorang lelaki berkata :
لَبَّيْكَ عَنْ شُبْرُمَةَ، قَالَ : مَنْ شُبْرُمَةُ؟ قَالَ : أَخٌ لِي أَوْ قَرِيبٌ لِي قَالَ : حَجَجْتَ عَنْ نَفْسِكَ؟ قَالَ : لَا، قَالَ : حُجَّ عَنْ نَفْسِكَ ثُمَّ حُجَّ عَنْ شُبْرُمَةَ
Artinya : “لَبَّيْكَ daripada Syubrumah. Sabdanya : Siapakah itu Syubrumah? Kata lelaki itu : Dia adalah saudaraku atau keluarga dekat bagiku. Sabdanya : Kamu telah hajikan dirimu? Jawab lelaki itu : Belum. Sabdanya : Hajikan dulu dirimu kemudian barulah kamu hajikan daripada Syubrumah.” (Hadith riwayat Abu Daud)
Berkata Imam Ibnu Al-Atsir :
والذي ذهب إليه الشافعي: أنه لا يجوز أن ينوب في الحج إلا من قد حج حجة الإِسلام. وبه قال الأوزاعي، وأحمد، وإسحاق
Artinya : “Dan yang berjalan kepadanya olih Imam Syafie ialaha bahawasanya tidak harus seseorang menggantikan pada berbuat haji melainkan seorang yang telah menunaikan haji dalam Islam. Dan dengannyalah berkata Al-Auza’ie dan Imam Ahmad dan Ishaq.” (Kitab As-Syafi Syarah Musnad As-Syafie)
Berkata Imam As-Syairazi :
ولا يحج عن الغير من لم يحج عن نفسه لِمَا رَوَى ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
Artinya : “Dan tiada harus hajikan orang lain olih mereka yang belum hajikan dirinya kerana hadith riwayat Ibnu Abbas r.a.” (Kitab Al-Muhazzab)
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :
ودلت السنة أيضاً على اشتراط كون النائب قد حج عن نفسه
Artinya : “Dan telah menunjuk olih sunnah juga atas disyaratkan keadaan orang yang hendak buat haji ganti itu sungguh telah haji untuk dirinya.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Dan jika orang yang belum menunaikan haji untuk dirinya itu dia buat juga haji untuk orang lain nescaya jatuhlah haji itu untuk dirinya bukan untuk orang lain.
Berkata Imam Al-Munawi :
وفيه أنه لا يصح ممن عليه حج واجب الحج عن غيره وكذا العمرة فإن أحرم عن غيره وقع عن نفسه وعليه الشافعي
artinya : “Dan pada hadith ini bahawasanya tidak sah haji untuk orang lain dilakukan dari orang yang belum buat haji. Dan seperti demikianlah juga umrah. Maka jika dia ihram juga dari orang lain nescaya berlakulah haji itu untuk dirinya. Dan atasnyalah berjalan Imam Syafie.” (Kitab Faidhul Qadir)
Dan tersebut pada Kitab Al-Muasu’atul Fiqhiyah :
اشْتَرَطَ الشَّافِعِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ لإِجْزَاءِ الْحَجِّ الْفَرْضِ عَنِ الأْصِيل أَنْ يَكُونَ النَّائِبُ قَدْ حَجَّ حَجَّةَ الإْسْلاَمِ عَنْ نَفْسِهِ أَوَّلاً، وَإِلاَّ كَانَتِ الْحَجَّةُ عَنْ نَفْسِهِ
Artinya : “Ulamak mazhab Syafie dan Hanbali mensyaratkan bagi berlaku haji untuk orang lain itu mestilah orang yang buat haji ganti itu sudah haji dirinya sebelum itu dan jika dia belum haji maka jadilah haji itu untuk dirinya.”

Comments